Elon Musk sebagai CEO Tesla pada hari ini mengumumkan sedang membangunkan sebuah robot mirip manusia yang dikenali sebagai Tesla Bot. Prototaip robot ini dijangka bakal dibangunkan seawal tahun hadapan.

Menerusi laporan terbaru, robot ini bakal dilengkapi dengan cip dan sensor yang digunakan pada kereta mereka dengan kemampuan AI untuk menavigasi arah dalam dunia sebenar. Elon Musk juga berpendapat kemungkinan robot ini pada satu masa kelak boleh melakukan tugasan harian manusia dan sekaligus mengubah landskap ekonomi dunia.

vocket-tech-news-robot-1
Sumber Gambar: Tesla
vocket-tech-news-robot-2
Sumber Gambar: Tesla

Ditegaskan lagi, Tesla telahpun menghasilkan hampir semua teknologi yang dipakai pada kehidupan seharian dan berpendapat mereka juga harus mencipta sebuah robot yang boleh membantu manusia sebelum pesaing lain mengambil peluang tersebut.

Perkembangan Tesla Bot ini telah menarik minat ramai pihak bagi mengetahui bagaimana robot tersebut bakal membantu manusia dalam kehidupan seharian pada masa kelak. Sama-sama kita nantikan kehadiran protoip Tesla Bot pada tahun 2022 kelak.

Sementara itu, Elon Musk juga bercita-cita mahu menfokuskan program penempatan koloni manusia di Marikh pada tahun 2050. 

https://www.thevocket.com/elon-musk-mahu-jual-rumah-terakhir-miliknya-untuk-fokus-bina-bandar-di-marikh/

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink Dijangka Bakal Ditawarkan Di Malaysia Seawal 2022

Sumber